BIODATA


Assalamualaikum, nama aku Ahmad Badrie Amin bin Azmi.  Boleh panggil aku Badrie atau Amin. Ikut je nak panggil ape, mana mana pun aku okay je. Aku berumur 20 tahun dilahirkan pada tahun 2/10/1999 dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Aku ada tujuh adik beradik dua kakak, tiga abang dan satu adik, aku anak keenam dari tujuh adik beradik aku. Semasa sekolah aku belajar di Sekolah Kebangsaan Sri Melor dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail sehinggalah sampai ke Pra Universiti disana.

 Aku juga seorang pemain Sepak Takraw, aku pernah menyertai kejohanan terbesar bagi ialah Asean School Games 2016 dan 2017,  Asean Beach Games 2017 dan Sukma Perak 2018 walaupun aku tidak pernah mewakili Malaysia dalam sepak takraw itu bukan punca untuk putus asa ataupun mengalah. Aku tidak mengharap sangat untuk mewakili Malaysia, bagi aku sukan adalah semangat aku dan belajar adalah kerjaya bagi diri aku.

Sekarang aku melanjutkan pelajaran peringkat ijazah selama tiga tahun setengah di Universiti Putra Malysia, Serdang Selangor dalam bidang Bacelor Komunikasi.

Comments

Popular posts from this blog

PENGALAMAN DI UPM