PENGALAMAN DI UPM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Hari ni saya mahu kongsi sikit pengalaman saya semasa berada di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor.

Tapi, sebelum saya bercerita panjang, ke mana pun kita pergi, itulah rezeki kita. Dah rezeki kita belajar dekat Universiti Putra Malaysia, maka dapatlah Universit Putra Malaysia. Yang berharap masuk Universiti Putra Malaysia tetapi tak dapat, jangan bersedih. Sebab awak tetap dapat masuk universiti. Yang tak dapat atau ditolak, jangan mudah berputus asa, pasti ada yang lebih baik yang telah Allah aturkan untuk kamu. Ingat rezeki tidak pernah salah alamat

Jadi pertama sekali, Universiti Putra Malaysia merupakan universiti penyelidikan di Malaysia iaitu ada lima keseluruhan. Universiti Putra Malaysia adalah satu daripadanya. Universiti Putra Malaysia merupakan gedung yang sarat dengan ilmu pengetahuan. Lihat sahaja kemudahan yang disediakan semuanya lengkap dan mencukupi supaya dapat memberi keselesaan kepada pelajar. 


Seperti sedia maklum, yuran memang sedikit tinggi adalah sebab status universiti penyelidikan. Namun, yuran bukanlah penghalang kalau mutu pembelajaran yang kita dapat adalah tahap yang cemerlang dan terbilang. Saya berada disini untuk melanjutkan pengajian diperingkat ijazah sarjana muda selama tiga tahun setengah dalam bidang Bacelor Komunikasi. Ini juga rezeki saya kerana dapat melanjutkan pelajar di Universiti Putra Malaysia disebabkan mendapat laluan khas bagi atlet. Saya bersyukur kepada ilahi kerana memberi peluang untuk melanjutkan pelajaran disini.

Pada hari pertama, mestilah mendaftar diri di Kolej Canselor yang telah tertera seperti mana dalam 
surat tawaran pada waktu pagi. Pada waktu petang hari, orientasi telahpun bermula sehingga seminggu  orientasi. Sanggup ataupun tidak memang akan kena lalui juga sebagai pengalaman dan kenangan kita. Biasalah dekat mana mana tempat akan ada juga orietasi. Minggu orientasi di Universiti Putra Malaysia ini juga dikenali sebagai Minggu Perkasa Putra. Setiap slot sepanjang orientasi itu kena datang, kalau tidak banyaklah info dan maklumat yang kita akan terlepas. Didalam orientasi ini juga pelbagai ragam manusia kita akan jumpa, ada yang baik dan sebaliknya.


Suasana di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia

Pelajar Kolej Canselor


    Selepas tamat sahaja minggu orientasi bermulalah alam universiti ini, diri kelihatan seperti jauh lebih besar bagi seorang yang bergelar mahasiswa. Mungkin saya juga akan mendapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan persekitaran ini secara tiba-tiba. Saya mungkin juga akan mengalami sedikit kejutan budaya, dan terpaksa meninggalkan zon selesa saya, semata-mata untuk memberi tumpuan kepada prestasi yang baik dalam pelajaran.

Selain itu, Didalam alam universiti menjalankan kehidupan ini memang sangat sukar untuk penguruskan masa dan diri dengan betul. Bagi seorang atlet, saya ingin membahagikan dua masa untuk belajar dan sukan. Jadi, saya perlulah bersiap sedia untuk mengalas tanggungjawab ke atas diri saya sendiri dengan mempelajari perkara-pekara mengenai pengurusan diri.

Akhir kata dari saya sebelum masuknya di alam universiti ini, kena pandailah belajar berdikari untuk menguruskan semua benda diri kita supaya kita tidak lagi merasa sukar di dalam universiti. Kita juga perlu berhati-hati untuk memilih kawan di Universiti. Tidak semua kawan-kawan kita itu baik jadi kita kenalah berhati-hati untuk berkawan.

Comments

Popular posts from this blog

BIODATA