Posts
MAKANAN TRADISIONAL
- Get link
- X
- Other Apps

Makanan Tradisional di Malaysia Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan yang sungguh enak dan sedap. Makanan merupakan salah satu perkara yang dapat menyatukan rakyat Malaysia, Nasi Lemak Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus, timun, ikan bilis goreng, dan sambal. Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu. Lemang Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebaga...
PENGALAMAN DI UPM
- Get link
- X
- Other Apps
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Hari ni saya mahu kongsi sikit pengalaman saya semasa berada di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor. Tapi, sebelum saya bercerita panjang, ke mana pun kita pergi, itulah rezeki kita. Dah rezeki kita belajar dekat Universiti Putra Malaysia, maka dapatlah Universit Putra Malaysia. Yang berharap masuk Universiti Putra Malaysia tetapi tak dapat, jangan bersedih. Sebab awak tetap dapat masuk universiti. Yang tak dapat atau ditolak, jangan mudah berputus asa, pasti ada yang lebih baik yang telah Allah aturkan untuk kamu. Ingat rezeki tidak pernah salah alamat Jadi pertama sekali, Universiti Putra Malaysia merupakan universiti penyelidikan di Malaysia iaitu ada lima keseluruhan. Universiti Putra Malaysia adalah satu daripadanya. Universiti Putra Malaysia merupakan gedung yang sarat dengan ilmu pengetahuan. Lihat sahaja kemudahan yang disediakan semuanya lengkap dan mencukupi supaya dapat memberi keselesaan kepa...
BIODATA
- Get link
- X
- Other Apps

Assalamualaikum, nama aku Ahmad Badrie Amin bin Azmi. Boleh panggil aku Badrie atau Amin. Ikut je nak panggil ape, mana mana pun aku okay je. Aku berumur 20 tahun dilahirkan pada tahun 2/10/1999 dan berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Aku ada tujuh adik beradik dua kakak, tiga abang dan satu adik, aku anak keenam dari tujuh adik beradik aku. Semasa sekolah aku belajar di Sekolah Kebangsaan Sri Melor dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail sehinggalah sampai ke Pra Universiti disana. Aku juga seorang pemain Sepak Takraw, aku pernah menyertai kejohanan terbesar bagi ialah Asean School Games 2016 dan 2017, Asean Beach Games 2017 dan Sukma Perak 2018 walaupun aku tidak pernah mewakili Malaysia dalam sepak takraw itu bukan punca untuk putus asa ataupun mengalah. Aku tidak mengharap sangat untuk mewakili Malaysia, bagi aku sukan adalah semangat aku dan belajar adalah kerjaya bagi diri aku. Sekarang aku melanjutkan pelajaran peringkat ijazah selama tiga tahun setengah...