MAKANAN TRADISIONAL
Makanan Tradisional di Malaysia
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan yang sungguh enak dan sedap. Makanan merupakan salah satu perkara yang dapat menyatukan rakyat Malaysia,
Nasi Lemak
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus, timun, ikan bilis goreng, dan sambal. Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam, daging, sotong, udang, limpa dan hati lembu.
Lemang
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
Kuih Muih Tradisional
Selain makanan utama, terdapat pelbagai kuih
muih tradisional yang popular di Malaysia ini seperti kuih bahulu, batang
buruk, kuih karas, kuih siput, dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun
kebanyakan kuih-kuih tradisional ini telah digantikan dengan kuih-kuih moden
yang jauh lebih enak dan mudah untuk disediakan.
Comments
Post a Comment